Jika kamu mahu dikasihi Allah maka kamu mestilah membenci dunia

TEKS BAHASA ARAB

إذا أردت أن يحبك الله فابغض الدنيا، وإذا أردت أن يحبك الناس؛ فما كان عندك ‌من ‌فضولها فانبذه إليهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku satu amalan yang dengannya Allah dan manusia akan mengasihiku,” lalu baginda bersabda: ((Jika kamu mahu dikasihi Allah maka kamu mestilah membenci dunia, jika kamu mahu dikasihi manusia, apa yang ada di sisimu dari lebihan (harta) maka berilah kepada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 601, hadis nombor 3106. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ربعي بن حراش، قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، دلني على عمل يحبني الله عليه ويحبني الناس فقال: ((إذا أردت أن يحبك الله فابغض الدنيا، وإذا أردت أن يحبك الناس؛ فما كان عندك ‌من ‌فضولها فانبذه إليهم)). [خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2297)].

(Lemah)
Daripada Rib’i bin Hirash beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkan padaku satu amalan yang dengannya Allah dan manusia akan mengasihiku,” lalu baginda bersabda: ((Jika kamu mahu dikasihi Allah maka kamu mestilah membenci dunia, jika kamu mahu dikasihi manusia, apa yang ada di sisimu dari lebihan (harta) maka berilah kepada mereka.))
[Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn Asakir dalam Tarikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2297].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs