TEKS BAHASA ARAB
إذا سألتم، فسلوا الله عز وجل الفردوس، فإنها سر الجنة، يقول الرجل منكم لراعيه: عليك بسر الوادي؛ فإنه أعشبه وأمرعه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu ingin meminta sesuatu, maka mintalah syurga Firdaus daripada Allah kerana ia merupakan rahsia syurga. Seorang lelaki dalam kalangan kalian berkata pada orang bawahannya: Engkau harus melalui lembah yang rahsia, sesungguhnya padanya tumbuh lebat dan subur.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 678, hadis nombor 3491. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن العرباض بن سارية -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا سألتم، فسلوا الله عز وجل الفردوس، فإنها سر الجنة، يقول الرجل منكم لراعيه: عليك بسر الوادي؛ فإنه أعشبه وأمرعه)). [الفسوي، ((الضعيفة)) (5510)]
(Sangat Lemah) Daripada al-‘Irbāḍ bin Sāriyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu ingin meminta sesuatu, maka mintalah syurga Firdaus daripada Allah kerana ia merupakan rahsia syurga. Seorang lelaki dalam kalangan kalian berkata pada orang bawahannya: Engkau harus melalui lembah yang rahsia, sesungguhnya padanya tumbuh lebat dan subur. [Riwayat al-Fasawī dalam al-Ma‘rifah wa al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5510]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.