TEKS BAHASA ARAB
إن كنت تزوجها فرد علينا ابنتنا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu ingin berkahwin dengannya, maka kembalikanlah semula anak perempuan kami.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1923 hadis nombor 9654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما أن عليا خطب بنت أبي جهل، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إن كنت تزوجها فرد علينا ابنتنا.
[البزار، طب، طس، طص، خط، ((الضعيفة)) (6394)]
(Munkar)
Daripada Ibn Abbas bahawa Ali pernah meminang anak perempuan Abu Jahal. Lalu Nabi SAW bersabda: Jika kamu ingin berkahwin dengannya, maka kembalikanlah semula anak perempuan kami.
[Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir, al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6394]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.