Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنْ كُنْتَ تَزَوَّجُهَا فَرُدَّ عَلَيْنَا ابْنَتَنَا.
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu ingin berkahwin dengannya, maka kembalikanlah semula anak perempuan kami.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1923, hadis no. 9654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما أن عليا خطب بنت أبي جهل، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: إن كنت تزوجها فرد علينا ابنتنا. [البزار، طب، طس، طص، خط، ((الضعيفة)) (6394)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas bahawa Ali pernah meminang anak perempuan Abu Jahal. Lalu Nabi SAW bersabda: Jika kamu ingin berkahwin dengannya, maka kembalikanlah semula anak perempuan kami. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir, al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6394]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman