TEKS BAHASA ARAB
إن جئت ولم تجديني؛ فأتي أبا بكر؛ فهو الخليفة بعدي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu datang dan tidak menemui aku, maka temuilah Abu Bakar. Beliau adalah pengganti (khalifah) selepas aku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1903 hadis nombor 9561. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: جاءت امرأة إلى النبي – صلى الله عليه وسلم – تسأله شيئا، فقال لها:تعودين . فقالت: يا رسول الله! إن جئتُ ولم أجدكَ – كأنها تعرض بالموت -؟ قال: إن جِئْتِ ولم تجديني؛ فأتي أبا بكر؛ فهو الخليفة بعدي.
[الأصبهاني في ((الحجة))، ((الضعيفة)) (5561)]
(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA. Beliau berkata: Seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepada Baginda. Lalu Baginda berkata kepada wanita tersebut: Kamu akan kembali lagi. Wanita itu berkata: Wahai Rasulullah, jika aku datang dan aku tidak menemui kamu? Seakan-akan beliau memberikan isyarat tentang kematian. Nabi SAW bersabda: Jika kamu datang dan tidak menemui aku, maka temuilah Abu Bakar. Beliau adalah pengganti (khalifah) selepas aku.
[Riwayat al-Asbahani dalam al-Hujjah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5561]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.