Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jika kamu dalam permusafiran maka kurangkan berdiam di tempat persinggahan

Teks Bahasa Arab

إذا كنتم في سفرٍ فأَقِلُّوا المُكْثَ في المنازلِ.

Teks Bahasa Melayu

Jika kamu dalam permusafiran, maka kurangkan berdiam di tempat persinggahan.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 985, hadis no. 5078. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا ‌كنتم ‌في ‌سفر فأقلوا المكث في المنازل)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (2618)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Abbas RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW, ((Jika kamu dalam permusafiran, maka kurangkan berdiam di tempat persinggahan.)) [Disebutkan oleh Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Firdaus oleh ad-Dailamy. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2618]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.