Jika kamu berselawat ke atasku, maka sebutlah dengan lafaz umum

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا صليتم علي فعموا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika kamu berselawat ke atasku, maka sebutlah dengan lafaz umum.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 328, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المقاصد: لم أقف عليه بهذا اللفظ، ويمكن أن يكون بمعني: صلوا عليّ، وعلى أنبياء الله.

Dia berkata dalam al-Maqasid: Aku tidak menjumpainya dengan lafaz ini. Barangkali ia bermaksud: Berselawatlah ke atasku dan ke atas nabi-nabi Allah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs