TEKS BAHASA ARAB
إذا لقيتم عاشرا فاقتلوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika kamu berjumpa dengan Asyiran (orang yang mengambil sedekah tanpa hak) maka bunuhlah dia.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 786, hadis nombor 4037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن مالك بن عتاهية قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: إذا لقيتم عاشرا فاقتلوه. [حم، طب، ابن عبد الحاكم في ((فتوح مصر))، ((الضعيفة)) (2709)]
(Munkar) Daripada Malik bin Atahiah RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Jika kamu berjumpa dengan Asyiran (orang yang mengambil sedekah tanpa hak) maka bunuhlah dia.” [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Abdul Hakam dalam Futuh Misr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2709]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.