Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا لَقِيتُم عاشِرًا فاقتلوه
Teks Bahasa Melayu
Jika kamu berjumpa dengan Asyiran (orang yang mengambil sedekah tanpa hak) maka bunuhlah dia.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 786, hadis no. 4037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن مالك بن عتاهية قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: إذا لقيتم عاشرا فاقتلوه. [حم، طب، ابن عبد الحاكم في ((فتوح مصر))، ((الضعيفة)) (2709)]
(Munkar) Daripada Malik bin Atahiah RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Jika kamu berjumpa dengan Asyiran (orang yang mengambil sedekah tanpa hak) maka bunuhlah dia.” [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn Abdul Hakam dalam Futuh Misr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2709]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman