Jika kamu beristinjak dengan menggunakan batu, maka gunakanlah bilangan yang ganjil

TEKS BAHASA ARAB

إذا استجمر أحدكم؛ فليوتر، وإن الله وتر يحب الوتر، أما ترى السماوات سبعا، والأرض سبعا، والطواف سبعا. وذكر أشياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu beristinjak dengan menggunakan batu, maka gunakanlah bilangan yang ganjil, sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai yang ganjil. Adakah kamu tidak melihat bahawa langit itu 7, bumi itu tujuh dan bilangan tawaf juga 7. Baginda juga menyebutkan beberapa perkara lain.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 753, hadis nombor 3853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا استجمر أحدكم؛ فليوتر، وإن الله وتر يحب الوتر، أما ترى السماوات سبعا، والأرض سبعا، والطواف سبعا. وذكر أشياء)).
[البزار، حب، ع، ك، هق، ((الضعيفة)) (5656)]

(Munkar dengan selengkap ini) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu beristinjak dengan menggunakan batu, maka gunakanlah bilangan yang ganjil, sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai yang ganjil. Adakah kamu tidak melihat bahawa langit itu 7, bumi itu tujuh dan bilangan tawaf juga 7. Baginda juga menyebutkan beberapa perkara lain.
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, Sahih Ibn Hibban, Musnad Abu Ya’la, Mustadrak al-Hakim dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5656]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs