Munkar Dengan Selengkap Ini

30/06/2024

minit bacaan



Jika kamu beristinjak dengan menggunakan batu, maka gunakanlah bilangan yang ganjil

Teks Bahasa Arab

إذا اسْتَجْمَرَ أحدُكُم؛ ‌فلْيُوتِرْ، وإن الله وِتْرٌ يُحب الوِتْرَ، أَمَا ترى السماواتِ سَبْعا، والأرضَ سَبْعاً، والطوافَ سَبعاً وذكر أَشياء.

Teks Bahasa Melayu

Jika kamu beristinjak dengan menggunakan batu, maka gunakanlah bilangan yang ganjil, sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai yang ganjil. Adakah kamu tidak melihat bahawa langit itu 7, bumi itu tujuh dan bilangan tawaf juga 7. Baginda juga menyebutkan beberapa perkara lain.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Selengkap Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 753, hadis no. 3853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا التمام) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا استجمر أحدكم؛ فليوتر، وإن الله وتر يحب الوتر، أما ترى السماوات سبعا، والأرض سبعا، والطواف سبعا. وذكر أشياء)). [البزار، حب، ع، ك، هق، ((الضعيفة)) (5656)]

(Munkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika kamu beristinjak dengan menggunakan batu, maka gunakanlah bilangan yang ganjil, sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai yang ganjil. Adakah kamu tidak melihat bahawa langit itu 7, bumi itu tujuh dan bilangan tawaf juga 7. Baginda juga menyebutkan beberapa perkara lain. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, Sahih Ibn Hibban, Musnad Abu Ya’la, Mustadrak al-Hakim dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5656]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.