Jika kamu ada air yang telah semalaman pada malam ini di dalam bekas air yang kecil, maka berikanlah kami minum

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن كان عندك ماء بات هذه الليلة في شنة، [فاسقنا]، وإلا؛ كرعنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kamu ada air yang telah semalaman pada malam ini di dalam bekas air yang kecil, maka berikanlah kami minum. Jika tiada, kami akan hirup.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 434, hadis nombor 2335. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما -: أن النبي ﷺ دخل على رجل من الأنصار ومعه صاحب له، فقال له النبي ﷺ: «إن كان عندك ماء بات هذه الليلة في شنة، وإلا كرعنا»، قال: والرجل يحول الماء في حائطه، قال: فقال الرجل: يا رسول الله، عندي ماء بائت، فانطلق إلى العريش، قال: فانطلق بهما، فسكب في قدح، ثم حلب عليه من داجن له، قال: فشرب رسول الله ﷺ، ثم شرب الرجل الذي معه. [خ، د، هـ، حم، ش، حب، الدارمي، «الضعيفة» (6949)].

(Lemah) Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA, bahawa Nabi ﷺ telah masuk ke dalam rumah seorang lelaki daripada kaum al-Ansar yang ketika itu ada bersama seorang sahabatnya. Lalu Nabi ﷺ bersabda kepadanya: “Jika kamu ada air yang telah semalaman pada malam ini di dalam bekas air yang kecil, maka berikanlah kami minum. Jika tiada, kami akan hirup.” Jabir RA berkata: Lelaki itu sedang melalukan air pada kebunnya. Jabir RA berkata: Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Aku ada air yang telah semalaman.” Maka dia pun pergi ke para-para. Jabir RA berkata: Lelaki itu pergi bersama kedua-dua mereka lalu dia menuangkan air ke dalam sebuah bekas. Kemudian dia memerah susu daripada ternakannya di atasnya. Jabir RA berkata: Maka Rasulullah ﷺ pun minum, kemudian lelaki yang bersamanya pula minum. [Riwayat al-Bukhārī, Abū Dāwud, Ibn Mājah, Aḥmad, Ibn Abu Shaybah, Ibn Ḥibbān dan al-Dārimī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6949].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.