Jika kalian semua melihat Muawiyah di atas mimbarku maka bunuhlah dia

TEKS BAHASA ARAB

((إذا رأيتـم معاويـة على منبري فاقتلوه)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kalian semua melihat Muawiyah di atas mimbarku maka bunuhlah dia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1858, hadis nombor 9376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) ‏((إذا رأيتـم معاويـة على منبري فأقتلوه)). روي من حديث أبي سعيد الخدري، و عبد الله بن مسعود، و سهل بن حنيف رضي الله عنهم، و الحسن البصري مرسلا. [عد، إبن عساكر، عق، خط، ((الضعيفة)) (٤٩٣٠)]

(Palsu) Jika kalian semua melihat Muawiyah di atas mimbarku maka bunuhlah dia. Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, Abdullah bin Mas’ud, Sahl bin Hunaif RA dan Hasan al-Basri secara mursal (terputus sanad) [Riwayat Ibn ‘Adi, Ibn ‘Asakir, al-’Uqayli dan Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4930]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs