Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا رَأَيْتُمْ مُعَاوِيَةَ عَلَى مِنْبَرِي فَاقْتُلُوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika kalian semua melihat Muawiyah di atas mimbarku maka bunuhlah dia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
- Abu Sa'id al-Khudri RA
- Sahl bin Hunaif RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1858, hadis no. 9376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) ((إذا رأيتـم معاويـة على منبري فأقتلوه)). روي من حديث أبي سعيد الخدري، و عبد الله بن مسعود، و سهل بن حنيف رضي الله عنهم، و الحسن البصري مرسلا. [عد، إبن عساكر، عق، خط، ((الضعيفة)) (٤٩٣٠)]
(Palsu) Jika kalian semua melihat Muawiyah di atas mimbarku maka bunuhlah dia. Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, Abdullah bin Mas’ud, Sahl bin Hunaif RA dan Hasan al-Basri secara mursal (terputus sanad) [Riwayat Ibn ‘Adi, Ibn ‘Asakir, al-’Uqayli dan Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4930]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman