Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika kalian namakan anak kalian dengan nama Muhammad

Teks Bahasa Arab

إِذَا سَمَّيْتُم مُحَمَّدًا فَلَا تَضْرِبُوهُ وَلَا تَحْرِمُوهُ.

Teks Bahasa Melayu

Jika kalian namakan anak kalian dengan nama Muhammad, maka janganlah kalian memukulnya atau mengabaikannya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Rafi' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1048, hadis no. 5357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي رافع رضي الله عنه، مرفوعًا: إذا سميتم محمدا فلا تضربوه ولا تحرموه. [البزار، الضعيفة (2649)].

[Lemah] Daripada Abu Rafi‘ RA, daripada Nabi SAW: Jika kalian namakan anak kalian dengan nama Muhammad, maka janganlah kalian memukulnya atau mengabaikannya. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 2649]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.