Jika kalian meninggalkan rumah, maka tutuplah pintu-pintu

TEKS BAHASA ARAB

إذا خرجتم من بيوتكم بالليل فأغلقوا أبوابها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kalian meninggal.kan rumah kalian pada waktu malam, maka tutuplah pintu-pintu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1078, hadis nombor 5496. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن وحشي رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج لحاجته من الليل فترك باب البيت مفتوحا ثم رجع. فوجد إبليس قائما في وسط البيت، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: اخسأ يا إبليس من بيتي ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إِذَا خَرَجْتُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ بِاللَّيْلِ فَأَغْلِقُوا أَبْوَابِهَا. [طب، الضعيفة (6351)]

(Munkar) Daripada Wahsyi RA, bahawa Nabi SAW keluar pada suatu malam kerana satu keperluan. Baginda meninggalkan pintu dalam keadaan terbuka, kemudian Baginda pulang. Baginda mendapati Iblis sedang berdiri di tengah rumah, lalu Baginda bersabda: Berambus engkau wahai iblis dari rumahku! Kemudian Baginda SAW bersabda: Jika kalian meninggalkan rumah kalian pada waktu malam, maka tutuplah pintu-pintu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (6351)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs