Jika kalian mengirimkan utusan kepadaku, utuslah …

TEKS BAHASA ARAB

 إِذَا بَعَثْتُمْ إِلَيَّ بَرِيدًا فَابْعَثُوهُ حَسَنَ الْوَجْهِ حَسَنَ الاسْمِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kalian mengirimkan utusan kepadaku, utuslah orang wajahnya baik dan namanya baik.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Ciri 7 Perkataannya Tidak Menyerupai Ucapan Para Nabi

Antara ciri hadis juga ialah perkataannya tidak menyerupai ucapan para Nabi SAW, apatah lagi ucapan Rasulullah SAW yang merupakan wahyu daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ ٱلْهَوَى (۳) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يَوحَى (٤)
“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”
(An-Najm: 3-4)
Semua ucapan baginda adalah wahyu sehinggakan dikenakan sebahagian hadis palsu dengan sifatnya yang tidak ada persamaan dengan wahyu, bahkan tidak ada persamaan ucapan para sahabat…

… Semua hadis yang menyebutkan berkenaan keelokan wajah dan pujian kepada mereka atau perintah untuk memandangnya atau memenuhi hajat dengan perantaraan mereka, atau api neraka tidak akan menyentuhnya adalah dusta dan palsu.
Dalam bab ini terdapat banyak sekali hadis. (Semuanya adalah palsu.) Hadis yang paling dekat adalah hadis:
إِذَا بَعَثْتُمْ إِلَيَّ بَرِيدًا فَابْعَثُوهُ حَسَنَ الْوَجْهِ حَسَنَ الاسْمِ
“Jika kalian mengirimkan utusan kepadaku, utuslah orang wajahnya baik dan namanya baik.”
Dalam sanadnya ada seorang yang bernama Umar bin Rasyid. Ibnu Hibban berkata: “(Dia) pemalsu hadis.” Ibnu Jauzi menyebutkan hadis ini di dalam al-Maudhu’at.
—————————————————
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh al-Bazzar di dalam musnadnya: 1985 dan at-Tabrani di dalam Mu’jam al-Awsat (7747). Imam at-Tabrani berkata, “Tidak ada yang meriwayatkan hadis ini daripada Yahya bin Abi Kasir melainkan Umar bin Rasyid. “Para ulama berbeza pendapat pada status Umar bin Rasyid. Al-‘Ajli menyatakan beliau orang yang dipercayai manakala majoriti ulama menganggap dia lemah (dhoif).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon