Jika kalian mendengar suara ayam jantan berkokok, maka mintalah kurniaan Allah

TEKS BAHASA ARAB

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الديكة فسألوا الله من فضله فإنها رأت ملكا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kalian mendengar suara ayam jantan berkokok, maka mintalah kurniaan Allah kerana ayam tadi telah melihat malaikat.

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْهَا: سَمَاجَةُ الْحَدِيثِ وَكَوْنُهُ مِمَّا يُسْخَرُ مِنْهُ[1]

Antara ciri hadis palsu juga adalah kandungan hadis yang kasar dan mengundang celaan daripada orang yang mendengarnya[2].

Antara contoh yang disebutkan juga oleh beliau ialah (hadis no. 79),

وبالجملة فكل أحاديث الديك كَذِبٌ إِلا حَدِيثًا وَاحِدًا “إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الديكة فسألوا الله من فضله فإنها رأت ملكا”. [3]

Secara umumnya, semua hadis yang menyebutkan mengenai ayam adalah bohong, kecuali satu hadis:

“Jika kalian mendengar suara ayam jantan berkokok, maka mintalah kurniaan Allah kerana ayam tadi telah melihat malaikat.” [4]

Berikut adalah komentar terhadap hadis ini dari notakaki buku  terjemahan nya yang berjudul Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu,

HR al-Bukhari: 3303, Muslim: 2729.

 

[1] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, ed. ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah (Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970), hal. 54.

[2] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, ed. Solehah Abu Bakar (Selangor: Kemilau Publika, 2015), hal. 45-46.

[3] Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf, hal. 56

[4] Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, hal. 50

 

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Edited by ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.