Jika kalian menamakan anak dengan nama Muhammad, maka agungkanlah dia

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا سميتم الولد محمدا فعظموه ووقروه وبجلوه ولا تذلوه ولا تحقروه ولا تجبهوه تعظيما لمحمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika kalian menamakan dengan nama Muhammad, maka agungkanlah dia, sanjunglah dia, muliakanlah dia dan janganlah merendah-rendahkan dia. Janganlah menghinanya dan jangan pula mengabaikannya kerana mengagungkan Muhammad.

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 328, hadis nombor 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فيه متهم بالوضع. وفي معناه: أحاديث أخر لا تصح.

Dalam sanadnya ada yang dituduh memalsukan hadith. Ada hadith-hadith lain yang memberikan maksud yang sama namun tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs