Jika kalian melihat seorang lelaki yang diberi kezuhudan akan dunia dan sedikit bicara, maka dekatilah dia

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم الرجل ‌قد ‌أعطي زهدا في الدنيا وقلة منطق، فاقتربوا منه، فإنه يلقى الحكمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika kalian melihat seorang lelaki yang diberi kezuhudan akan dunia dan sedikit bicara, maka dekatilah dia kerana sesungguhnya dia telah diberikan hikmah (kebijaksanaan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 597 – 598, hadis nombor 3084. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي خلاد – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا رأيتم الرجل ‌قد ‌أعطي زهدا في الدنيا وقلة منطق، فاقتربوا منه، فإنه يلقى الحكمة)). [تخ، ه، طب، ابن عساكر، الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، حل، ابن منده، ((الضعيفة)) (1923)].

(Lemah) Daripada Abu Khallad RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Jika kalian melihat seorang lelaki yang diberi kezuhudan akan dunia dan sedikit bicara, maka dekatilah dia kerana sesungguhnya dia telah diberikan hikmah (kebijaksanaan).)) [Riwayat al-Bukhari dalam kitab al-Tarikh al-Kabir, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Asakir dalam Tarikh al-Kabir, al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani dan Ibn Mandah dalam Mu'jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1923].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs