Jika kalian melihat Muawiyah berkhutbah di atas mimbarku maka bunuhlah dia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا رأيتم معاوية يخطب على منبري فاقتلوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika kalian melihat Muawiyah berkhutbah di atas mimbarku maka bunuhlah dia.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 407, hadis nombor 157. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي، عن ابن مسعود مرفوعا، وهو موضوع، وفي إسناده: عباد بن يعقوب، وهو رافضي، وآخر كذاب. وقال العقيلي: لا يصح في هذا المتن شيء.
وقد رواه الخطيب عن جابر مرفوعا بلفظ: فاقبلوه _ بالباء الموحدة _ وزاد: فإنه أمين مأمون، وأكثر إسناده مجاهيل، كما قال الخطيب. وقال ابن عدي: هذا اللفظ مع بطلانه قد قرئ بالباء الموحدة، ولا يصح أيضا.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Pada sanadnya terdapat Abbad bin Ya’qub seorang rafidhi (puak Syiah) dan seorang lagi yang pendusta.
Al-Uqaili berkata: Tiada yang sahih pada matan ini.
Diriwayatkan juga oleh al-Khatib daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan lafaz: Maka kalian terimalah dia – dengan huruf ba bertitik satu – dan dia menambah lafaz: Kerana sesungguhnya dia adalah seorang yang jujur dan dipercayai. Kebanyakan sanadnya adalah orang-orang yang tidak diketahui, seperti mana yang disebutkan oleh al-Khatib. Ibn Adi berkata: Lafaz ini adalah tidak betul dan dibaca juga dengan huruf ba bertitik satu yang juga tidak sahih.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.