Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: إِذَا رَأَيْتُمْ مُعَاوِيَةَ يَخْطُبُ عَلَى مِنْبَرِي فَاقْتُلُوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Jika kalian melihat Muawiyah berkhutbah di atas mimbarku maka bunuhlah dia.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 407, hadis no. 157. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Ibn Mas’ud secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ia adalah palsu. Pada sanadnya terdapat Abbad bin Ya’qub seorang rafidhi (puak Syiah) dan seorang lagi yang pendusta. Al-Uqaili berkata: Tiada yang sahih pada matan ini. Diriwayatkan juga oleh al-Khatib daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan lafaz: Maka kalian terimalah dia - dengan huruf ba bertitik satu - dan dia menambah lafaz: Kerana sesungguhnya dia adalah seorang yang jujur dan dipercayai. Kebanyakan sanadnya adalah orang-orang yang tidak diketahui, seperti mana yang disebutkan oleh al-Khatib. Ibn Adi berkata: Lafaz ini adalah tidak betul dan dibaca juga dengan huruf ba bertitik satu yang juga tidak sahih.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman