Terdapat riwayat sokongan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَانْتَعِلُوا.
Teks Bahasa Melayu
Jika kalian hendak menunaikan solat, maka pakailah alas kaki.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat riwayat sokongan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 38. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فيه محمد بن الحجاج وهو واضع هذا الحديث وحديث الهريسة وغيرهما، قلت له شواهد كثيرة تقوي عدم الحكم بوضعه.
Dalam sanad hadith ini terdapat Muhammad Bin al-Hajjaj. Beliau adalah pemalsu hadith. Beliaulah yang memalsukan hadith ini, hadith al-Huraisah dan lain-lain lagi. Aku katakan: Hadith ini mempunyai syawahid yang menguatkannya. Oleh kerana itu tidak boleh menilainya sebagai palsu.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman