Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَوْ كان هَذَا فِي غَيْرِ هذا؛ لكَانَ خَيْرًا لَكَ.
Teks Bahasa Melayu
Jika ini (perut buncit) bukan di sini, ia adalah lebih baik bagi kamu.
Sahabat Perawi
- Ja’dah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 621, hadis no. 3231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جعدة - رضي الله عنه -، قال: سمعتُ النبي - صلى الله عليه وسلم- ورأى رجلا سمينا؛ فجعل النبي - صلى الله عليه وسلم- يومىء إلى بطنه بيده، ويقول: ((لو كان هذا في غير هذا؛ لكان خيرا لك)). [الطيالسي، حم، ((الضعيفة)) (1131، 4861)].
(Lemah) Daripada Ja’dah RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda ketika Baginda melihat seorang lelaki yang gemuk, sambil Nabi SAW menunjukkan kepada perutnya dengan tangan Baginda seraya berkata: ((Jika ini (perut buncit) bukan di sini, ia adalah lebih baik bagi kamu.)) [Riwayat al-Tayalasi dalam Musnad, Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1131,4861].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman