Jika Ibrahim masih hidup, nescaya jizyah akan dikenakan ke atas setiap orang Qibtiy

TEKS BAHASA ARAB

لو عاش إبراهيم، لوضعت الجزية عن كل قبطي

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Ibrahim masih hidup, nescaya jizyah akan dikenakan ke atas setiap orang Qibtiy.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1813, hadis nombor 9142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن أبي بكر بن محمد بن عمرو بن حزم مرفوعا: لو عاش إبراهيم، لوضعت الجزية عن كل قبطي. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (2293)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amru bin Hazm berkata, Nabi SAW bersabda: Jika Ibrahim masih hidup, nescaya jizyah akan dikenakan ke atas setiap orang Qibtiy. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2293]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs