Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو عاش إبراهيمُ، لَوُضِعَتِ الجِزيةُ عن كلِّ قِبْطِيٍّ.
Teks Bahasa Melayu
Jika Ibrahim masih hidup, nescaya jizyah akan dikenakan ke atas setiap orang Qibtiy.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1813, hadis no. 9142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن أبي بكر بن محمد بن عمرو بن حزم مرفوعا: لو عاش إبراهيم، لوضعت الجزية عن كل قبطي. [ابن سعد، ((الضعيفة)) (2293)]
(Palsu) Daripada Abdullah bin Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amru bin Hazm berkata, Nabi SAW bersabda: Jika Ibrahim masih hidup, nescaya jizyah akan dikenakan ke atas setiap orang Qibtiy. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 2293]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman