Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika Ibrahim bin Muhammad SAW hidup nescaya dia akan menjadi nabi

Teks Bahasa Arab

حديث: لَوْ عَاشَ إِبْرَاهِيمُ لَكَانَ نَبِيًّا.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Jika Ibrahim bin Muhammad SAW hidup nescaya dia akan menjadi nabi.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 398, hadis no. 135. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: ما روي عن بعض المتقدمين: لو عاش _ إلخ فباطل وجسارة على الغيب، وقال ابن عبد البر: لا أدرى ما هذا، فقد ولد نوح غير نبي. وقال ابن حجر: لا يلزم من الحديث المذكور ما ذكر، لما لا يخفي، وكأنه سلف النووي، وهو عجيب من النووي، مع وروده عن ثلاثة من الصحابة، وكأنه لم يظهر له تأوليه، فإن الشرطية لا تستلزم الوقوع، ولا يظن بالصحابي الهجوم على مثله بالظن.

Al-Nawawi berkata: Apa yang diriwayatkan oleh sebagaian al-Mutaqaddimin: Sekiranya hidup _ sehingga akhir hadith, ia adalah batil dan satu kelancangan tentang perkara ghaib. Ibn Abd al-Barr berkata: Aku tidak mengetahui apakah ini. Kerana anak Nabi Nuh bukan nabi. Ibn Hajar berkata: Tidak semestinya ada apa yang disebut dengan hadith tersebut, disebabkan perkara yang tidak tersembunyi dan ia merupakan sesuatu yang pelik dari al-Nawawi sedangkan ia diriwayatkan daripada tiga orang sahabat. Sepertinya tidak zahir takwilannya kepadanya. Kerana adanya syarat (jika) tidak memestikan perkara itu berlaku. Kita tidak boleh menyangka bahawa sahabat menyerkap sesuatu seperti ini dengan sekadar sangkaan.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.