Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jika ia dilempar dari atas, nescaya ia akan jatuh selama 100 tahun

Teks Bahasa Arab

لو طُرِحَ فراشٌ من أعلاها لَهوى إلى قرارِها مئةَ خريفٍ.

Teks Bahasa Melayu

Jika ia dilempar dari atas, nescaya ia akan jatuh selama 100 tahun.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 683, hadis no. 3512. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة قال: سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الفرش المرفوعة؟ فقال: ‌((لو ‌طرح فراش من أعلاها؛ لهوى إلى قرارها مئة خريف)) [طب، ((الضعيفة)) (5942)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW ditanya mengenai tilam-tilam empuk yang tinggi. Baginda bersabda: “Jika ia dilempar dari atas, nescaya ia akan jatuh selama 100 tahun.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5942]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.