Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jika hibah itu adalah kepada orang yang ada pertalian darah, maka ia tidak boleh dikembalikan

Teks Bahasa Arab

إِذَا كَانَتْ الْهِبَةُ لِذِي رَحِمٍ لَمْ يُرْجَعْ فِيهَا.

Teks Bahasa Melayu

Jika hibah itu adalah kepada orang yang ada pertalian darah, maka ia tidak boleh dikembalikan.

Sahabat Perawi

  1. Samurah bin Jundub RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765, hadis no. 3897. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سمرة بن جندب -رضي الله عنه - مرفوعاً: ((إذا كانت الهبة لذي رحم، لم يرجع فيها)). [قط، ك، هق، ((ضعيفة)) (361)].

(Munkar) Daripada Samurah bin Jundub RA secara marfu’: ((Jika hibah itu adalah kepada orang yang ada pertalian darah, maka ia tidak boleh dikembalikan)). [Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 361]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.