Jika Haura’ (bidadari) meludahkan air liur ke dalam laut yang keruh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لو أن حوراء بزقت في بحر لجي، لعذب ذلك البحر من عذوبة ريقها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika Haura’ (bidadari) meludahkan air liur ke dalam laut yang keruh, maka laut itu akan menjadi jernih kerana kejernihan air liurnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 697, hadis nombor 3578. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((لو أن حوراء بزقت في بحر لجي، لعذب ذلك البحر من عذوبة ريقها)). [أبو نعيم في ((صفة الجنة))، المنذري في ((الترغيب))، ابن أبي الدنيا في ((صفة الجنة))، السيوطي في ((الدر المنثور))، ((الضعيفة)) (٦٩٠٣)]

(Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika Haura’ (bidadari) meludahkan air liur ke dalam laut yang keruh, maka laut itu akan menjadi jernih kerana kejernihan air liurnya. [Riwayat Abū Nu‘aim dalam Ṣifat al-Jannah, al-Mundzirī dalam al-Targhīb, Ibn Abī al-Dunyā dalam Ṣifat al-Jannah, al-Suyūṭī dalam al-Durr al-Mantsūr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6903]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.