Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حَدَّث حديثًا كما سَمِعَ، فإن كان بَرًّا وصِدْقًا، فلك وله، وإن كان كَذِبًا فعلى مَن بدأه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang menyampaikan satu hadith sebagaimana yang dia dengar, jika ia mengandungi kebaikan dan kebenaran maka kamu dan dia mendapat pahala, dan jika hadith itu dusta, maka orang yang memulakannya mendapat dosa.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1240, hadis no. 6324. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة رضي الله عنه مرفوعا: من حدث حديثا كما سمع؛ فإن كان برا وصدقا، فلك وله، وإن كان كذبا فعلى من بدأه. [طب، ((الضعيفة)) (1173)]
(Palsu) Daripada Abi Umamah RA secara marfu': Sesiapa yang menyampaikan satu hadith sebagaimana yang dia dengar, jika ia mengandungi kebaikan dan kebenaran maka kamu dan dia mendapat pahala, dan jika hadith itu dusta, maka orang yang memulakannya mendapat dosa. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1173]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman