Jika engkau menolak orang yang meminta sebanyak tiga kali

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "إذا رددت السائل ثلاثا فلا بأس أن تزيده".

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jika engkau menolak orang yang meminta sebanyak tiga kali maka tidak mengapa, jika lebih darinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 62, hadis nombor 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن ابن عباس وقال: تفرد به الوليد بن الفضل العنزي.
قال ابن حبان: وهو يروي المناكير التي لا شك أنها موضوعة وقد رواه البيهقي من غير طريقه.

al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Abbas dan berkata: al-Walid bin al-Fadhl al-‘Anzie bersendirian meriwayatkannya.
Ibn Hibban berkata: al-Walid meriwayatkan hadith munkar yang tidak diragui bahawa ia palsu, al-Baihaqi juga turut meriwayatkan selain daripada jalan al-Daraqutni.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs