Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "إذا رددت السائل ثلاثا فلا بأس أن تزيده".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Jika engkau menolak orang yang meminta sebanyak tiga kali maka tidak mengapa, jika lebih darinya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 62, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الدارقطني عن ابن عباس وقال: تفرد به الوليد بن الفضل العنزي. قال ابن حبان: وهو يروي المناكير التي لا شك أنها موضوعة وقد رواه البيهقي من غير طريقه.
al-Daraqutni meriwayatkan daripada Ibn Abbas dan berkata: al-Walid bin al-Fadhl al-‘Anzie bersendirian meriwayatkannya. Ibn Hibban berkata: al-Walid meriwayatkan hadith munkar yang tidak diragui bahawa ia palsu, al-Baihaqi juga turut meriwayatkan selain daripada jalan al-Daraqutni.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman