Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا لَقِيتَ الحاجَّ، فسلِّمْ عليه وصافِحْهُ، ومُرْه أن يستغفِرَ لك قبلَ أن يَدخلَ بيتَه، فإنه مغفورٌ له.
Teks Bahasa Melayu
Jika engkau menemui orang yang melakukan haji, maka berilah salam dan berjabat tangan dengannya, dan suruhlah dia meminta ampun untukmu sebelum dia memasuki rumahnya, sesungguhnya dia telah diampunkan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 734, hadis no. 3749. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا لقيت الحاج، فسلم عليه وصافحه، ومره أن يستغفر لك قبل أن يدخل بيته، فإنه مغفور له)). [حم، ابن حبان في ((المجروحين))، ابو الشيخ في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (2411)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jika engkau menemui orang yang melakukan haji, maka berilah salam dan berjabat tangan dengannya, dan suruhlah dia meminta ampun untukmu sebelum dia memasuki rumahnya, sesungguhnya dia telah diampunkan. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya, Ibn Hibban dalam al-Majruhin dan Abu al-Syaikh dalam al-Tarikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2411]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman