Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jika engkau memberikan zakat maka janganlah lupa akan ganjarannya

Teks Bahasa Arab

إذا أعطيتُمُ الزَّكاةَ فلا تَنسَوا ثَوابَها أَن تقولوا: اللَّهمَّ اجعَلها مَغنمًا، ولا تجعَلها مَغرمًا.

Teks Bahasa Melayu

Jika engkau memberikan zakat maka janganlah lupa akan ganjarannya dengan mengatakan: “Ya Allah engkau jadikanlah ia harta yang baik, bukan sebagai hutang.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 865, hadis no. 4424. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا أعطيتم الزكاة فلا تنسوا ثوابها أن تقولوا: اللهم اجعلها مغنما، ولا تجعلها مغرما)). [هـ، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1096)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: “Jika engkau memberikan zakat maka janganlah lupa akan ganjarannya dengan mengatakan: “Ya Allah engkau jadikanlah ia harta yang baik, bukan sebagai hutang.” [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 1096].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.