Jika engkau mahu membeli sesuatu maka tawarkanlah harga yang engkau mahukan, samada engkau diberi atau dihalang

TEKS BAHASA ARAB

لا ‌تفعلي ‌يا ‌قيلة! إذا أردت أن تبتاعي شيئا، فاستامي به الذي تريدين، أعطيت أومنعت، وإذا أردت أن تبيعي شيئا، فاستامي الذي تريدين، أعطيت أو منعت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan engkau lakukan wahai Qailah! Jika engkau mahu membeli sesuatu maka tawarkanlah harga yang engkau mahukan, samada engkau diberi atau dihalang, jika engkau mahu menjual, maka tawarkanlah harga yang engkau mahukan, samada engkau diberi atau dihalang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 604 – 605, hadis nombor 3132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن قيلة أم بني نمار قالت: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في بعض عمره عند المروة، فقلت: يا رسول الله، إني امرأة أبيع وأشتري، فإذا أردت أن أبتاع الشيء، سمت به أقل مما أريد، ثم زدت، ثم زدت حتى أبلغ الذي أريد، وإذا أردت أن أبيع الشيء ، سمت به أكثر من الذي أريد، ثم وضعت حتى أبلغ الذي أريد، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌((لا ‌تفعلي ‌يا ‌قيلة! إذا أردت أن تبتاعي شيئا، فاستامي به الذي تريدين، أعطيت أومنعت، وإذا أردت أن تبيعي شيئا، فاستامي الذي تريدين، أعطيت أو منعت)). [تخ، هـ، ابن سعد، ((الضعيفة)) (2156)].

(Lemah)
Daripada Qailah Umm Bani Namar berkata: Aku mendatangi Rasulullah SAW pada sebahagian umrahnya di Marwah, lalu aku berkata: Wahai Rasulullah, aku adalah seorang wanita yang membeli dan menjual, jika aku mahu membeli sesuatu aku akan menawarkan harga yang lebih murah dari aku mahukan, lalu aku menambahnya, lalu aku menambahnya sehingga sampai kepada harga yang aku mahukan, jika aku mahu menjual sesuatu, aku akan tawarkan harga yang lebih tinggi daripada apa yang aku mahukan, dan aku kurangkan sehinggalah sampai pada harga yang aku mahukan, lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Jangan engkau lakukan wahai Qailah! Jika engkau mahu membeli sesuatu maka tawarkanlah harga yang engkau mahukan, samada engkau diberi atau dihalang, jika engkau mahu menjual, maka tawarkanlah harga yang engkau mahukan, samada engkau diberi atau dihalang.))
[Riwayat Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Ibn Majah dalam Sunannya dan Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2156].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs