Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَفْعَلِي يا قَيْلَةُ ! إذا أردتِ أن تبتاعي شيئًا، فاستامي به الذي تُرِيدِينَ، أُعْطِيتِ أو مُنِعْتِ، وإذا أردتِ أن تبيعي شيئًا، فاستامي الذي تُرِيدِين أَعْطَيْتِ أو مَنَعْتِ.
Teks Bahasa Melayu
Jangan engkau lakukan wahai Qailah! Jika engkau mahu membeli sesuatu maka tawarkanlah harga yang engkau mahukan, samada engkau diberi atau dihalang, jika engkau mahu menjual, maka tawarkanlah harga yang engkau mahukan, samada engkau diberi atau dihalang.
Sahabat Perawi
- Qailah Umm Bani Namar
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 604 - 605, hadis no. 3132. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قيلة أم بني نمار قالت: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في بعض عمره عند المروة، فقلت: يا رسول الله، إني امرأة أبيع وأشتري، فإذا أردت أن أبتاع الشيء، سمت به أقل مما أريد، ثم زدت، ثم زدت حتى أبلغ الذي أريد، وإذا أردت أن أبيع الشيء ، سمت به أكثر من الذي أريد، ثم وضعت حتى أبلغ الذي أريد، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تفعلي يا قيلة! إذا أردت أن تبتاعي شيئا، فاستامي به الذي تريدين، أعطيت أومنعت، وإذا أردت أن تبيعي شيئا، فاستامي الذي تريدين، أعطيت أو منعت)). [تخ، هـ، ابن سعد، ((الضعيفة)) (2156)].
(Lemah) Daripada Qailah Umm Bani Namar berkata: Aku mendatangi Rasulullah SAW pada sebahagian umrahnya di Marwah, lalu aku berkata: Wahai Rasulullah, aku adalah seorang wanita yang membeli dan menjual, jika aku mahu membeli sesuatu aku akan menawarkan harga yang lebih murah dari aku mahukan, lalu aku menambahnya, lalu aku menambahnya sehingga sampai kepada harga yang aku mahukan, jika aku mahu menjual sesuatu, aku akan tawarkan harga yang lebih tinggi daripada apa yang aku mahukan, dan aku kurangkan sehinggalah sampai pada harga yang aku mahukan, lalu Rasulullah SAW bersabda: ((Jangan engkau lakukan wahai Qailah! Jika engkau mahu membeli sesuatu maka tawarkanlah harga yang engkau mahukan, samada engkau diberi atau dihalang, jika engkau mahu menjual, maka tawarkanlah harga yang engkau mahukan, samada engkau diberi atau dihalang.)) [Riwayat Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, Ibn Majah dalam Sunannya dan Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2156].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman