Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا حلفْتَ على معصيةٍ فدعْها، واقذِفْ ضغائِنَ الجاهِلِيَّةِ تحتَ قدَمِكِ، وإيّاكَ وشُرْبَ الخمرِ، فإِنَّ اللهَ تبارك وتعالى لم يُقَدِّسْ شاربَها
Teks Bahasa Melayu
Jika engkau bersumpah untuk satu maksiat maka tinggalkanlah ia, dan singkirkanlah dendam jahiliah di bawah tapak kakimu. Jauhilah dari meminum arak, sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensucikan peminumnya.
Sahabat Perawi
- Thauban RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 785, hadis no. 4034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ثوبان قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذاحلفت على معصية فدعها، واقذف ضغائن الجاهلية تحت قدمك، وإياك وشرب الخمر، فإن الله تبارك وتعالى لم يقدس شاربها. [ك، ((الضعيفة)) (2545)]
(Palsu) Daripada Thauban RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau bersumpah untuk satu maksiat maka tinggalkanlah ia, dan singkirkanlah dendam jahiliah di bawah tapak kakimu. Jauhilah dari meminum arak, sesungguhnya Allah SWT tidak akan mensucikan peminumnya.” [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2545]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman