TEKS BAHASA ARAB
إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، قلت: يا رسول الله! وما رياض الجنة؟ قال: المساجد، قلت: وما الرتع يا رسول الله؟ قال: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika engkau berjalan melewati taman-taman syurga maka lakukanlah al-Rat’. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah taman-taman syurga itu?. Baginda bersabda: Masjid-masjid. Aku bertanya: Apakah itu al-Rat’, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: (Mengucapkan zikir) Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, dan Allahuakbar.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 735, hadis nombor 3757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى لله عليه وسلم -: ((إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، قلت: يا رسول الله! وما رياض الجنة؟ قال: المساجد، قلت: وما الرتع يا رسول الله؟ قال: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر)). [ت، ((الضعيفة)) (2710)]
(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika engkau berjalan melewati taman-taman syurga maka lakukanlah al-Rat’. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah taman-taman syurga itu?. Baginda bersabda: Masjid-masjid. Aku bertanya: Apakah itu al-Rat’, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: (Mengucapkan zikir) Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, dan Allahuakbar.
[Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2710]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.