Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا مَرَرْتُم برياضِ الجنةِ فارتعوا، قلتُ: يا رسولَ اللهِ وما رياضُ الجنةِ ؟ قال: المساجدُ، قلتُ: وما الرَّتْعُ يا رسولَ اللهِ؟ قال: سبحان اللهِ، والحمدُ للهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أكبرُ.
Teks Bahasa Melayu
Jika engkau berjalan melewati taman-taman syurga maka lakukanlah al-Rat’. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah taman-taman syurga itu?. Baginda bersabda: Masjid-masjid. Aku bertanya: Apakah itu al-Rat’, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: (Mengucapkan zikir) Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, dan Allahuakbar.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 735, hadis no. 3757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى لله عليه وسلم -: ((إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، قلت: يا رسول الله! وما رياض الجنة؟ قال: المساجد، قلت: وما الرتع يا رسول الله؟ قال: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر)). [ت، ((الضعيفة)) (2710)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika engkau berjalan melewati taman-taman syurga maka lakukanlah al-Rat’. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah taman-taman syurga itu?. Baginda bersabda: Masjid-masjid. Aku bertanya: Apakah itu al-Rat’, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: (Mengucapkan zikir) Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, dan Allahuakbar. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2710]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman