Jika dunia ini hanya tinggal sehari,

TEKS BAHASA ARAB

 لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إلا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَهُ ذَلِكَ اليَوم حَتَّى يَبعَثَ رَجُلاً مِنِّي أَو مِن أَهلِ بَيتِي يُوَاطِىءُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبي يَمْلأُ الأَرْضَ قَسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجُورًا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika dunia ini hanya tinggal sehari, nescaya Allah akan memanjangkan hari itu sehingga dibangkitkan seorang lelaki daripada (keturunan) aku, atau daripada kalangan ahli bait aku, namanya seperti namaku, nama bapanya seperti nama bapaku, dia memenuhi dunia dengan keadilan, sepertimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan kejahatan sebelum itu.

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Sedangkan hadis-hadis tentang keluarnya Imam Mahdi adalah sanad yang paling sahih.
Aku berkata: Hadis yang sahih itu adalah seperti hadis Ibnu Mas’ud daripada Nabi SAW:
لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إلا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَهُ ذَلِكَ اليَوم حَتَّى يَبعَثَ رَجُلاً مِنِّي أَو مِن أَهلِ بَيتِي يُوَاطِىءُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبي يَمْلأُ الأَرْضَ قَسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجُورًا
“Jika dunia ini hanya tinggal sehari, nescaya Allah akan memanjangkan hari itu sehingga dibangkitkan seorang lelaki daripada (keturunan) aku, atau daripada kalangan ahli bait aku, namanya seperti namaku, nama bapanya seperti nama bapaku, dia memenuhi dunia dengan keadilan, sepertimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman dan kejahatan sebelum itu.”
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmizi. Beliau (at-Tirmizi) berkata: Hadis Hasan Sahih. Beliau berkata juga: Di dalam bab ini juga terdapat hadis dengan sanad daripada Ali, Abu Said, Ummu Salamah dan Abu Hurairah. Kemudian beliau meriwayatkan hadis Abu Hurairah, dan berkata: Hasan Sahih. Tamat.
Di dalam bab ini juga terdapat riwayat daripada Huzaifah bin al-Yaman, Abi Umamah al-Bahili, Abdur Rahman bin Auf, Abdullah bin Amru bin al-‘Ash, Sauban, Anas bin Malik, Jabir, Ibnu Abbas dan lain-lain.
________________________________
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkod oleh Abu Daud (4282), at-Tirmizi (2231).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon