Mawquf

30/06/2024

minit bacaan



Jika ditimbang iman Abu Bakar dengan iman manusia, maka akan beratlah timbangan iman Abu Bakar

Teks Bahasa Arab

لَوْ وُزِنَ إِيمَانُ أَبِي بَكْرٍ بِإِيمَانِ النَّاسِ لَرَجَحَ إِيمَانُ أَبِي بكر.

Teks Bahasa Melayu

Jika ditimbang iman Abu Bakar dan iman manusia, maka akan beratlah timbangan iman Abu Bakar.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA
  2. Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Mawquf

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 93. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمَقَاصِد «لَوْ وُزِنَ إِيمَانُ أَبِي بَكْرٍ بِإِيمَانِ النَّاسِ لَرَجَحَ إِيمَانُ أَبِي بكر» عَن عمر مَوْقُوفا بِسَنَد صَحِيح وَعَن ابْن عمر مَرْفُوعا بِسَنَد ضَعِيف لكنه متابع وَله شَاهد.

Dalam kitab al-Maqasid menyebut: “Jika ditimbang iman Abu Bakar dan iman manusia, maka akan beratlah timbangan iman Abu Bakar.” Ia diriwayatkan daripada Umar secara mauquf dengan sanad yang sahih dan ada riwayat daripada Ibn Umar secara marfu yang diriwayatkan dengan sanad yang lemah. Namun Ia mempunyai mutabi’ dan syahid (riwayat sokongan).

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.