Jika dikatakan kepada ahli neraka

TEKS BAHASA ARAB

لو قيل لأهل النار : إنكم ماكثون في النار عدد كل حصاة في الدنيا سنة لفرحوا بها، ولوقيل لأهل الجنة : إنكم ماكثون في الجنة عدد كل حصاة في الدنيا سنة لحزنوا، ولكنهم خلقوا للأبد والأمد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika dikatakan kepada ahli neraka: Sesungguhnya kamu semua akan tinggal di dalam neraka sebanyak tahun bilangan batu di dunia nescaya mereka akan bergembira, jika dikatakan kepada ahli syurga: Sesungguhnya kamu semua akan tinggal di dalam syurga sebanyak tahun bilangan batu di dunia nescaya mereka akan bersedih, namun mereka dicipta untuk selama-lamanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 647, hadis nombor 3350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه – مرفوعاً: «لو قيل لأهل النار: إنكم ماكثون في النار عدد كل حصاة في الدنيا سنة لفرحوا بها، ولو قيل لأهل الجنة: إنكم ماكثون في الجنة عدد كل حصاة في الدنيا سنة لحزنوا، ولكنهم خلقوا للأبد والأمد, [طب، حل، «الضعيفة» (605).

(Palsu) Daripada Ibn Masud RA secara marfu’: “Jika dikatakan kepada ahli neraka: Sesungguhnya kamu semua akan tinggal di dalam neraka sebanyak tahun bilangan batu di dunia nescaya mereka akan bergembira, jika dikatakan kepada ahli syurga: Sesungguhnya kamu semua akan tinggal di dalam syurga sebanyak tahun bilangan batu di dunia nescaya mereka akan bersedih, namun mereka dicipta untuk selama-lamanya." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 605]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs