Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لو قيل لأهلِ النارِ : إنكم ماكثونَ في النارِ عَدَدَ كلِّ حصاةٍ في الدنيا سَنَةً لَفَرِحُوا بها، ولوقيل لأهلِ الجنةِ : إنكم ماكثونَ في الجنةِ عَدَدَ كلِّ حَصاةٍ في الدنيا سَنَةً لحَزِنوا، ولكنهم خُلِقُوا للأَبَدِ والأَمَدِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika dikatakan kepada ahli neraka: Sesungguhnya kamu semua akan tinggal di dalam neraka sebanyak tahun bilangan batu di dunia nescaya mereka akan bergembira, jika dikatakan kepada ahli syurga: Sesungguhnya kamu semua akan tinggal di dalam syurga sebanyak tahun bilangan batu di dunia nescaya mereka akan bersedih, namun mereka dicipta untuk selama-lamanya.
Sahabat Perawi
- Ibn Masud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 647, hadis no. 3350. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه - مرفوعاً: «لو قيل لأهل النار: إنكم ماكثون في النار عدد كل حصاة في الدنيا سنة لفرحوا بها، ولو قيل لأهل الجنة: إنكم ماكثون في الجنة عدد كل حصاة في الدنيا سنة لحزنوا، ولكنهم خلقوا للأبد والأمد, [طب، حل، «الضعيفة» (605).
(Palsu) Daripada Ibn Masud RA secara marfu’: “Jika dikatakan kepada ahli neraka: Sesungguhnya kamu semua akan tinggal di dalam neraka sebanyak tahun bilangan batu di dunia nescaya mereka akan bergembira, jika dikatakan kepada ahli syurga: Sesungguhnya kamu semua akan tinggal di dalam syurga sebanyak tahun bilangan batu di dunia nescaya mereka akan bersedih, namun mereka dicipta untuk selama-lamanya." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 605]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman