Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: لو كان لأهل السماء من الملائكة نزول إلى الأرض لما سبقهم إلى الأذان أحد ولغلبوا الناس عليه _ إلخ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Jika dikalangan penghuni langit dari kalangan Malaikat turun ke bumi, tiada seorang pun yang akan mendahului mereka menuju seruan azan dan mereka turut mendahului manusia… hingga akhir.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 20, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في إسناده: كذابان: إسحاق بن وهب وعمر بن صبح.
Di dalam sanadnya dua orang perawi pendusta: Iaitu Ishaq bin Wahb dan Umar bin Subh.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman