Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حامِلُ كتابِ اللهِ له في بيتِ مالِ المسلمينَ في كلِّ سنةٍ مِائَتَا دِينارٍ ، فإن مات وعليه دَيْنٌ قَضَى اللهُ ذلك الدَّيْنَ.
Teks Bahasa Melayu
Orang yang membawa Kitab Allah (dalam dadanya) berhak mendapatkan sebanyak 200 dinar setahun daripada Bait al-Mal orang-orang Islam. Jika dia mati dan mempunyai hutang, Allah melunaskan hutangnya tersebut.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1408, hadis no. 7143. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سليك الغطفاني مرفوعا: حامل كتاب الله له في بيت مال المسلمين في كل سنة مائتا دينار، فإن مات وعليه دين قضى الله ذلك الدين. [فر، ((الضعيفة)) (644)]
(Palsu) Daripada Sulaik al-Ghatafani meriwayatkan secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang yang membawa Kitab Allah (dalam dadanya) berhak mendapatkan sebanyak 200 dinar setahun daripada Bait al-Mal orang-orang Islam. Jika dia mati dan mempunyai hutang, Allah melunaskan hutangnya tersebut. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 644]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman