Jika datang suatu hari yang panas, Allah akan memberikan pendengaran dan penglihatan-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم حار ألقى الله تعالى سمعه وبصره إلى أهل السماء وأهل الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله)، ما أشد حر هذا اليوم! اللهم أجرني من حر جهنم، قال الله عز وجل لجهنم: إن عبدا من عبادي استجارني منك، وإني اشهدك أني قد أجرته. فإذا كان يوم شديد البرد، ألقى الله تعالى سمعه وبصره إلى أهل السماء و الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله)، ما أشد برد هذا اليوم! اللهم أجرني من زمهرير جهنم، قال الله عز وجل لجهنم: إن عبدا من عبادي استجارني من زمهريرك، وإني أشهدك أني قد أجرته. فقالوا: وما زمهرير جهنم؟ قال: بيت يلقى فيه الكافر، فيتميز من شدة بردها بعضه من بعض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jika datang suatu hari yang panas, Allah akan memberikan pendengaran dan penglihatan-Nya kepada ahli langit dan bumi. Jika ada hamba yang berkata: "Tiada Tuhan selain Allah, panasnya hari ini! Ya Allah lindungi aku dari kepanasan api neraka." Allah akan berfirman kepada Jahannam: "Sesungguhnya ada hamba dari hamba-hamba-Ku yang memohon perlindungan darimu, Aku bersaksi kepada engkau bahawa aku telah meminta perlindungan baginya." Jika datang suatu hari yang sejuk, Allah akan memberikan pendengaran dan penglihatan-Nya kepada ahli langit dan bumi. Jika ada hamba yang berkata: "Tiada Tuhan selain Allah, sejuknya hari ini! Ya Allah lindungi aku dari kepanasan api neraka." Allah akan berfirman kepada Jahannam: "Sesungguhnya ada hamba dari hamba-hamba-Ku yang memohon perlindungan dari kesejukanmu, Aku bersaksi kepada engkau bahawa aku telah meminta perlindungan baginya." Mereka bertanya: "Apakah itu kesejukan Jahannam?" Sahabat tersebut menjawab: "Sebuah rumah yang dicampakkan padanya orang kafir, lalu mereka menjadi hancur dek kesejukan yang amat."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 685, hadis nombor 3525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي سعيد الخدري أو أبي هريرة -رضي الله عنهما-، مرفوعا: ((إذا كان يوم حار ألقى الله تعالى سمعه وبصره إلى أهل السماء وأهل الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله)، ما أشد حر هذا اليوم! اللهم أجرني من حر جهنم، قال الله عز وجل لجهنم: إن عبدا من عبادي استجارني منك، وإني اشهدك أني قد أجرته. فإذا كان يوم شديد البرد، ألقى الله تعالى سمعه وبصره إلى أهل السماء و الأرض، فإذا قال العبد: (لا إله إلا الله)، ما أشد برد هذا اليوم! اللهم أجرني من زمهرير جهنم، قال الله عز وجل لجهنم: إن عبدا من عبادي استجارني من زمهريرك، وإني أشهدك أني قد أجرته. فقالوا: وما زمهرير جهنم؟ قال: بيت يلقى فيه الكافر، فيتميز من شدة بردها بعضه من بعض)). [ابن السني في ((عمل اليوم و الليلة))، البيهقي في ((الأسماء والصفات))، ((الضعيفة)) (6428)]

(Munkar) Daripada Abu Said al-Khudri atau Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Jika datang suatu hari yang panas, Allah akan memberikan pendengaran dan penglihatan-Nya kepada ahli langit dan bumi. Jika ada hamba yang berkata: "Tiada Tuhan selain Allah, panasnya hari ini! Ya Allah lindungi aku dari kepanasan api neraka." Allah akan berfirman kepada Jahannam: "Sesungguhnya ada hamba dari hamba-hamba-Ku yang memohon perlindungan darimu, Aku bersaksi kepada engkau bahawa aku telah meminta perlindungan baginya." Jika datang suatu hari yang sejuk, Allah akan memberikan pendengaran dan penglihatan-Nya kepada ahli langit dan bumi. Jika ada hamba yang berkata: "Tiada Tuhan selain Allah, sejuknya hari ini! Ya Allah lindungi aku dari kepanasan api neraka." Allah akan berfirman kepada Jahannam: "Sesungguhnya ada hamba dari hamba-hamba-Ku yang memohon perlindungan dari kesejukanmu, Aku bersaksi kepada engkau bahawa aku telah meminta perlindungan baginya." Mereka bertanya: "Apakah itu kesejukan Jahannam?" Sahabat tersebut menjawab: "Sebuah rumah yang dicampakkan padanya orang kafir, lalu mereka menjadi hancur dek kesejukan yang amat." [Riwayat Ibn al-Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah dan al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6428]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs