TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن أتاك سائل على فرس باسط كفيه فقد وجب له الحق ولو بشق تمرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Jika datang kepadamu seorang yang meminta dari atas kudanya menghulurkan dua tapak tangannya, maka baginya hak walaupun pemberian dengan separuh tamar.
STATUS
Sanadnya baik
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 65, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكره في الذيل وفي الوجيز.
قال العراقي: أخرجه أحمد في مسنده عن الحسين بن علي بسند جيد.
وأخرجه أبو داود عنه وعن علي رضي الله عنه.
Al-Suyuthi menyatakan di dalam kitabnya al-Zail dan al-Wajiz: al-Iraqi berkata: Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada al-Husayn bin ‘Ali dengan sanad yang baik.
Abu Daud meriwayatkan daripada al-Husayn bin ‘Ali daripada Ali RA.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.