TEKS BAHASA ARAB
إذا خطب اليكم كفؤ فلا تردوه فنعوذ بالله من بوار البنات.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jika datang kepadamu seorang yang mampu (sekufu) untuk meminangmu, janganlah kamu menolaknya. Kami memohon kepada Allah daripada kebinasaan anak-anak.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 952, hadis nombor 4915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن جابر – رضي الله عنه – قال رسول الله -ﷺ-: إذا خطب اليكم كفؤ فلا تردوه فنعوذ بالله من بوار البنات.
[الربيع في ((مسنده))، ((الضعيفة))(5962)]
(Palsu)
Diriwayatkan daripada Jabir RA berkata: Sabda Rasulullah SAW: Jika datang kepadamu seorang yang mampu (sekufu) untuk meminangmu, janganlah kamu menolaknya. Kami memohon kepada Allah daripada kebinasaan anak-anak.
[Riwayat al-Rabi’ dalam Musannad-nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5962].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.