Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا خطَبَ إليكم كُفْؤٌ؛ فلا ترُدُّوه، فنعوذُ باللهِ مِن بَوارِ البناتِ.
Teks Bahasa Melayu
Jika datang kepadamu seorang yang mampu (sekufu) untuk meminangmu, janganlah kamu menolaknya. Kami memohon kepada Allah daripada kebinasaan anak-anak.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 952, hadis no. 4915. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – قال رسول الله -ﷺ-: إذا خطب اليكم كفؤ فلا تردوه فنعوذ بالله من بوار البنات. [الربيع في مسنده، الضعيفة(5962)]
(Palsu) Diriwayatkan daripada Jabir RA berkata: Sabda Rasulullah SAW: Jika datang kepadamu seorang yang mampu (sekufu) untuk meminangmu, janganlah kamu menolaknya. Kami memohon kepada Allah daripada kebinasaan anak-anak. [Riwayat al-Rabi’ dalam Musannad-nya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5962].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman